Idea...mana kau menyorok?






Masalah paling besar dalam hidup seorang penulis...hilang idea atau tak tahu nak tulis apa? Errr kadang-kadang tak dapat bayaran selepas buku terbit atau selepas manuskrip terjual pun masalah besar juga. Mungkin ini masalah paling besar dan paling kritikal...Habis macam mana hendak menulis jika asyik fikir duit... 

Idea? Setiap penulis pasti ada cara macam mana hendak jana idea untuk diuli menjadi sebuah manuskrip. Jadi ini bukan perkara luar biasa. Kumpul semua idea yang berterbangan dan tulis, rakam dan simpan di mana-mana sahaja. Ini untuk mengelakkan supaya idea tidak diambil oleh orang lain dan membuatkan kita menyesal selamanya!!! (pssttt ditambah pula dengan jualan buku yang mencanak-canak, pasti lagi sakit hati!)

Ok apa pun terus menulis dan terus membaca untuk menjana idea....

Ulasan

Catatan Popular