Teruslah menulis...




Dulu saya seringkali diingatkan supaya konsisten dalam menulis. Tidak walau dalam apa juga keadaan cuaca, mesti terus menulis dan konsisten. Jika hilang rasa dalam satu-satu genre, segera beralih ke genre lain. Jangan tunggu rasa itu tumbuh semula kerana penumbuhan rasa itu biasanya akan mengambil masa yang lama. Dan bagaimana jika rasa itu terus hilang? Akan berhenti menuliskah?

Saya pesan perkara yang sama pada kawan-kawan. Saya akui bukan semua kawan-kawan mampu meneruskan rasa mereka. Halangan sentiasa ada di mana-mana. Mood hilang ditiup angin atau kena gangguan nyamuk tiruk juga mampu membunuh rasa....

Itu belum lagi gosip yang bertebaran mengganggu minda sang penulis...

Jangan kisah, jika sudah ada buku yang diterbitkan, jalan terus. Jangan berani-berani menoleh belakang lagi bimbang kita akan jalan mengundur....

Selamat menulis dalam genre yang berlainan :)
 

Ulasan

Catatan Popular