Citarasa kita tak sama

"Kita dan kawan-kawan makan kat gerai nasi campur. Kita suka sangat sambal belacan yang dibuat digerai itu sehingga kita tapau sepelastik. Tapi kawan-kawan kita kata sambal belacan tu tak sedap kurang masin, kurang manis dan pelbagai jenis kurang lagi..."

Ya jelas selera kita tak sama. Dan begitu juga bila kita hantar manuskrip. Ada yang diterima dan ada yang ditolak. Sebabnya editor penilai berbeza orang dan citarasa. Mungkin manuskrip yang ditolak itu diterima ditempat lain tanpa banyak soal.

Jadi apa-apa pun jika mahu menulis dan menggelar diri sendiri penulis, ini adalah masalah kecil yang perlu dihadapi. Hantar je karya dan jangan sentap jika karya kita ditolak. Dalam dunia penulisan istilah putus asa, sentap dan cemburu tak bertempat itu tidak akan membawa kita ke mana-mana. Jika kita masih tercari-cari genre yang sesuai dengan jiwa, apa kata kita cuba tulis semua (sekadar cadangan 😉 ) 

nota : cover buku baru saya 😍

Ulasan

Catatan Popular