Konsisten menulis?


Konsisten menulis? Perlu ke?
Susah tau sebab penerbit ada jadual penerbitan. Belum tentu manuskrip yang lulus tahun ni akan terbit tahun ni. Mungkin terbit tahun depan dan mungkin kena peram!
Jadi macam mana nak konsisten?
Kalau tak konsisten boleh tak buat 'kebangkitan semula?' Ya lah idea bukan selalu ada!

Alasan jangan macam-macam kalau nak menulis, ada buku sendiri sama ada buku fizikal atau ebook.
Ambil peluang yang ada selepas puas hati menilai. Jangan nilai terlalu lama sebab peluang yang muncul pun sekelip mata.

Menulis sama macam kerja lain. Kena buat KPI sendiri supaya nanti boleh jadi kayu ukur pada kejayaan diri sendiri. Buatlah kerja menulis secara serentak jika mampu.

Konsisten jika mahu melihat diri sendiri terus berada dalam industri penulisan 100 tahun akan datang.  Selalu-selalulah memotivasikan diri sendiri...

Ulasan

Catatan Popular