Nak kurus?



Rasanya berat badan dah bertambah. Kita pun dengan keazaman yang penuh mula berdiet, kurang makan itu dan ini dan mula bangun awal pagi untuk bersenam. Petangnya dengan segala usaha cuba untuk bersenam jika ada masa terluang. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh, akhirnya selepas 3 bulan kita melihat hasil yang diharapkan. Kita sangat bangga dan kemudian kita kembali kepada kehidupan biasa. Dan satu pagi kita terkejut melihat angka dari mesin timbang mencanak-canak naik sedangkan kita 'rasa' kita masih kekal 'kurus'

Sinonim kisah ini dengan menulis dan ada buku baru setiap tahun. Konsisten dan istiqamah untuk terus menulis. Cabaran memang ada, jika semuanya senang sudah tentu ramai penulis yang berada di puncak kejayaan. Sama macam nak kurus, jika usaha sekadar mengikut masa yang ditetapkan, maka masa untuk kurus juga telah ditetapkan...

Jika sudah menulis pastikan terus menulis....supaya momentum itu kekal

Selamat menulis :)

Ulasan

Catatan Popular