Jadi Perbandingan? Elok ke?



Wah banyaknya buku dia
Tiap-tiap tahun ada buku terbit
Mana dapat idea ye?
Mesti duit dia pun banyak kan?

Biasa dengar kan? Sedikit sebanyak kita penulis kecil rasa teruja mahu lebih banyak buku dengan nama kita pada cover dicetak. Jika boleh setiap bulan ada sebuah buku terbit. Dan cukup setahun kita ada 12 buah buku...Mungkin lebih hebat, jika setiap bulan ada 2 buah buku...setahun...wahhh mahu kagum orang dengan kemampuan kita...hebat!

Hakikatnya...sebagai penulis...menulis ikut kemampuan kita dan jika mampu jangan bandingkan keupayaan diri sendiri dengan orang lain. Sebabnya mudah...mungkin penulis yang bukunya dicetak setiap bulan tu ada pasukan sendiri. Ada yang menaip, ada yang mencari idea, ada yang menguruskan pemasaran dan ada juga yang menjadi PA kepada penulis. Jika kita memaksa diri dan menetapkan setiap bulan MESTI ada sebuah buku yang dicetak, kita akan kecewa jika itu tidak berlaku! Akibatnya, semangat untuk terus menulis dan berada dalam dunia penulisan akan lemau dan akhirnya kita patah semangat...

Jangan bandingkan keupayaan kita dengan orang lain!


Ulasan

Catatan Popular