Kena tolak?

Manuskrip kena tolak? Kena rejek? Kena tendang? Tidak diterima?

Maksudnya sama saja. Manuskrip yang dihantar tidak mendapat kelulusan untuk diterbitkan dan akan 'dipulangkan' kepada penulis.

Sebagai penulis, rasa kecewa itu memang ada. Siapalah yang tidak kecewa selepas menunggu dengan penuh debar dan dapat jawapan sebegitu?

Kecewa sikit-sikit lepas tu menulis semula....

Jangan la kecewa sampai hantuk-hantuk batu ke dinding. Sepak-sepak pasir sampai habis kasut berdebu. Atau koyak-koyak kertas sambil baca mentera...

Cuba lah hantar emel pada editor dan tanya baik-baik mengapa proposal kita kena tolak. Dan belajar daripada kesilapan. Manuskrip yang kena tolak tu jangan buang dalam tong sampah. Simpan dalam bank manuskrip. Mana tau satu masa nanti manuskrip tu boleh dijual semula.


Ulasan

Catatan Popular