Jadilah diri sendiri





Jadilah diri sendiri apabila menulis. Kita memang ada penulis idola dan sangat suka membaca tulisannya. Mungkin kita rasa dan fikir laluan kita sebagai penulis akan mudah jika ada persamaan dengan penulis idola. Ya mungkin ada benarnya kerana rezeki seseorang itu rahsia Allah. Tetapi lebih bagus jika kita kekalkan cara kita. Sebelum kita tahu dimana kemahiran kita, jika boleh tulis dalam semua genre fiksyen. Insha Allah kita akan jumpa 'kemahiran' dan 'genre kegemaran' kita. Pasti ada kejutan yang menanti kita.

#konsistenmenulis
 

Ulasan

Catatan Popular