Manuskrip kena tolak dan kena tolak lagi

Sedihnya...asyik kena tolak je manuskrip tu...

Nak kata tak bagus, komen kawan-kawan 'kedengarannya' positif walaupun ada rasa 'sikit' kurang yakin pada diri sendiri...

Tapi yang lebih penting, kita sudah pun mendapat tunjuk ajar daripada guru yang mahir dalam dunia penulisan...

Hantar je manuskrip tu ke rumah penerbitan yang telah kita kenal pasti 'seleranya'.

Selepas hantar kepada editor, hubungi la editor sekali sekala untuk bertanya khabar manuskrip kita tu...jika dia kata dalam penilaian...tunggu untuk beberapa hari lagi. Tapi jika tidak sabar, terus tanya editor agak-agak hari ke berapa kita boleh hubungi editor semula...

Tempoh menunggu jangan biarkan 'toksin' merebak dalam kepala...Sila rangka cerita lain pula... dan jangan menaruh harapan setinggi bima sakti yang manuskrip kita akan diterima dan terjual beratus ribu salinan...

Semat dalam fikiran bahawa selera kita tidak sama...mungkin penilai rasa manuskrip kita 'sampah' dan menolak tanpa ada peluang kedua. Jadi jangan putus asa sebab masih ada peluang untuk manuskrip kita dicetak. 

Jadi penulis hati kena kering....

Ulasan

Catatan Popular