Penulis Prolifik


Bagusnya penulis tu, setiap tahun mesti ada buku, paling kurang pun 3 buah!

Kita penulis kecil tiba-tiba rasa tercabar dan cemburu...

Bagaimana penulis itu mampu menulis dan konsisten menghasilkan karya setiap tahun. 

Paling penting, bagaimana karyanya lulus 'dengan mudah' dan diterbitkan?

Apa rahsianya? Sebab bila kita risik-risik tanya, penulis tu senyum je atau kalau dia kongsi pun rahsia itu...kita pun memang tahu tentang rahsia itu...bukan setakat kita tahu, seluruh dunia penerbitan pun tahu...

Apa yang kita kurang tahu?

Manuskrip itu mungkin sudah lama dalam simpanan rumah penerbitan dan tunggu masa untuk dicetak...

Panulis hantar manuskrip tahun ini untuk terbitan tahun depan

Penulis hantar beberapa manuskrip yang berbeza tema dan cerita, kepada beberapa buah rumah penerbitan dan tunggu kelulusan. Jika rumah penerbitan A tidak luluskan, dia segera cari rumah penerbitan lain 

Penulis tidak putus asa menulis dan terus menulis walaupun ada manuskrip itu tidak dibayar satu sen pun (contohnya menulis untuk projek amal, menulis untuk badan-badan tertentu), tetapi penulis hanya mahukan momentum menulisnya kekal...

 

Ulasan

Catatan Popular