Atuk (mama simpan sini ya)
Pagi bagi dia makan...tapi dia tengok je kibble tu...suara pun takde. Pesan dekat dia, supaya makan!
Petang nanti mama, bagi makan lagi!
Petang masih kat tempat yang sama.
Minta kebenaran untuk bawa dia balik. Isnin hantar ke Vet.
Drip air kiri kanan sebab dihidrat sangat. Kulit kering, bulu gugur dan berkurap. Vet kata dia dah tua sangat...mungkin dah 7 atau 8 tahun. Gigi sebatang jer kat depan 😁 Gigi geraham ada sikit
Ooo patutlah tak boleh kunyah kibble. Belikan wetfood
Vet bagi antibiotik, ubat selsema, ubat cacing dan ubat kutu. Balik terus bagi ubat. Redho jer mama masukkan ubat dalam mulut. Langsung tak melawan
Ya Allah...berilah kesembuhan untuk atuk!
10 hari dah...Alhamdullilah, atuk dah sihat. Antibiotik dah habis. Dah keluarkan dia dari sangkar
Atuk cuma keluar sangkar, buat stretching sikit-sikit, golek-golek atas lantai lepas tu jalan masuk dalam sangkar semula!
Eh atuk tak nak balik umah atuk ke? 😃
Ulasan
Catat Ulasan