Cerita Shuyen

 

    Kali pertama jumpa, garangnya. Asyik tunjuk taring. Nak letak makanan pun kena ikut SOP,  bukan 1 meter tapi bermeter-meter. Pertama kali nampak Shuyen bunting dan beranak. Tapi masih tak boleh berdiri dekat. Tapi anak2 Shuyen hilang (khabarnya ada orang ambil!). Sedih dengar dia memanggil anak-anaknya setiap awal pagi dan lewat malam.

     Shuyen bunting dan beranak kali kedua. Masa ni dah boleh garu-garu tengkuk dia. Shuyen seolah-olah teruja nak tunjuk anak-anak yang comel pada mama. Sengaja tunggu mama keluar jogging awal pagi dan mengiau panggil mama. Kawasan tu hutan kecil dan terlindung. Comelnya anak Shuyen. Pun selepas tu anak Shuyen hilang.

    Tak sempat hantar ke vet untuk pemandulan. Shuyen bunting lagi. Hari dia nak beranak, Shuyen mengiau kat bawah tangga. Lepas tu Shuyen hilang beberapa hari. Puas mama cari dan panggil

   Satu petang dia muncul. Kelaparan. Nasib ada bekalan wetfood. Oh Shuyen dah beranak. Pesan kat Shuyen, jaga anak baik-baik

   Shuyen bawa anak-anak ke blok rumah mama. Tak sempat jumpa bila ada orang ambil anak2 Shuyen. Sekali lagi dia kemurungan, hilang selera makan dan bengkak susu. Mama pujuk Shuyen makan tapi dia pandang je. Selepas beberapa hari menangis memanggil anak-anaknya, akhirnya orang tu pulangkan dua ekor anak Shuyen, tapi Shuyen cuma nak seekor je. Lagi seekor mama minta tolong orang tu jagakan.

 Lepas putus susu kita pergi vet ya...tak sampai hati dengar Shuyen menangis panggil anak2 yang hilang. Mama sayang Shuyen

  

     

Ulasan

Catatan Popular