Rindu?


 

    Rindunya kat Felix

    Dia sihat?

    Ada kena sawan?

    Felix ni kucing indoor tetapi dilayan seperti kucing jalanan. Ada rumah selesa, ada makanan tetapi dibiar tinggal diluar. Bila teringat, cari dan panggil dia balik untuk diberi makan dan bermain. Selepas tu? pandai-pandai la felix bawa diri.

 Kurus kering, tulang belakang timbul, air liur meleleh masa jumpa pertama kali. Betul-betul macam kucing jalanan. Penuh kutu dan kotor itu sudah tentu! Beri makan kibble, tapi dia pandang. Oh! mungkin sudah kenyang, hinggalah suatu hari, Felix dibawa balik

Allahuakbar, felix tidak boleh makan kibble sebab gigi habis patah! Mulut senget! Sebab itu air liur meleleh Tapi dia budak yang baik! Terus mandikan sebab terlalu kotor. Bagi makan wetfood, lahap, nampak sangat kelaparan

 Sehinggalah suatu pagi, pemiliknya mengatakan rindu pada felix...rasa sangat sedih. Sedih sebab berbulan-bulan felix tidur bawah kereta. Diserang kucing luar, penuh luka, tapak kaki melecet...dan tak kisah pun sebelum ni!

 Alhamdullilah Felix dah neuter, sihat cuma sekarang ada luka akibat kesan garu kat leher. Felix ada alergic rupanya...pakaikan kolar ala-ala bantal kat leher...semoga felix segera sembuh

 

Ulasan

Catatan Popular