Yang sebenarnya...

 

    Haru hanya tumpang tidur bawah kereta, jika hujan tumpang berteduh daripada basah. Jika ada rezeki, boleh makan sisa buangan dari tong sampah. Kucing jalanan yang ada otak tetapi tidak boleh berfikir ini membuang sisa yang dimakan di tempat yang tidak dibenarkan tetapi tidak bersepah!

    Dengan tawaran RM10 untuk satu nyawa, ada manusia yang sudah meleleh air liur mengira keuntungan yang di perolehi daripada nyawa Haru! Menggunakan alasan jijik kucing berak merata-rata dan berbau busuk dan misi besar "mahu jiran-jiran hidup selesa" Mungkin mereka mahu didendang sebagai hero menyelamat jiran-jiran! Walau apa pun, jangan lupa kita sama-sama menumpang seperti Haru!

  Maaf Haru, jika satu masa nanti mama gagal selamatkan Haru. Semoga Allah melindungi Haru, Miko dan Mikin. 

 

PRU 15?

Kita memang telah mengenal pasti orang yang suka buat huru hara dalam kumpulan kita! Tetapi kita pejam dua belah mata, zip mulut, ikat tangan ke belakang dan tutup telinga daripada mendengar aduan tidak seronok tentang dia. Sebabnya...dia ada kepentingan dalam kehidupan kita!

Kita tidak akan sekali-kali menegur dia. Biarlah dia nak buat apa pun. Sebab sekali lagi 'kepentingan peribadi' kita lebih penting 

Ulasan

Catatan Popular