Silap

 

Jezz, 

Buat silap itu biasa. Tidak kira besar atau kecil silap yang dilakukan.  Sama ada kesilapan itu boleh diperbaiki atau tidak. Apa pun keadaan tidak akan sama seperti sebelum kesilapan berlaku. Kerosakan dan kemusnahan walaupun sudah dibaiki tetap ada kesan dan kenangan. Terlajak perahu masih boleh diundur, terlajak kata, walau berjuta kali dibaiki, parut tetap tinggal.

Jezz

Empat tahun yang lalu, seekor anak kucing warna kelabu berusia kurang dua bulan menangis mengejar langkah manusia di sebuah pasar malam. Hanya diam selepas mama tangkap dan pegang kuat.

Sampai hari ini, mama tidak tahu adakah Jezz dibuang oleh manusia? Dan sampai hari ini Jezz akan berlari masuk rumah jika terdengar bunyi orang berjalan.

Tinggallah dengan mama selamanya Jezz! Walaupun Jezz tak ingat tapi parut luka tetap ada.



 

Ulasan

Catatan Popular